Selasa, 10 Mei 2011

KURSUS KEPIMPINAN PENGURUSAN KOKURIKULUM


Pengurusan Organisasi Kelab dan Persatuan ialah satu kemahiran yang amat perlu dikuasai oleh pelajar-pelajar terutamanya pemimpin pelajar yang mana ilmu ini penting kerana mereka sentiasa berhadapan dengan tugas-tugas menguruskan organisasi dan berhadapan dengan rakan-rakan terutama ketika menjalankan tugas sebagai ahli dalam jawatankuasa pemimpin pelajar mahupun dengan orang ramai apabila keluar ke alam kerjaya nanti. Menyedari peri pentingnya kemahiran ini diterapkan kepada para pelajar, maka satu program khusus telah dianjurkan oleh Unit Kokurikulum bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMKSTA untuk pemimpin kelab dan persatuan Unit Kokurikulum

Matlamat kursus :
  • untuk membantu pelajar menguasai kemahiran menguruskan organisasi
  • bertindak dengan lebih berkesan selaras dengan kehendak pihak pentadbir melahirkan pemimpin pelajar yang peka dan bertanggungjawab
  • dapat membantu meningkatkan lagi kualiti kepimpinan dan meningkatkan tahap keyakinan diri apabila memegang sesuatu jawatan dalam sesebuah organisasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan