Khamis, 5 Ogos 2010

PROGRAM UBK 2010

PROGRAM ORIENTASI MURID TINGKATAN SATU DAN EMPAT (4-6 JAN 2010)


Pengetua SMKSTA, Tn Hj Mohd Kamil bin Ab Rahman, mengalu-alukan kehadiran murid-murid Ting. Satu untuk menjadi warga SMKSTA
Murid-murid Tingkatan Satu















Program Orientasi Tingkatan Empat....Cikgu HairulFadli dan Cikgu Nazri biasalah sentiasa bertugas memberi taklimat kepada pelajar baru Tingkatan Empat.

















Wajah-wajah murid Tingkatan Empat Sesi 2010 bakal mewarnai suasana akademik SPM 2011...semoga kecemerlangan tergenggam dalam setiap diri anak muda ini...InsyaAllah.

Jumaat, 14 Ogos 2009

KURSUS MAJLIS KETUA TINGKATAN 2009

Kursus Majlis Ketua Tingkatan (MKT) bagi semua ketua kelas dan penolong ketua kelas telah diadakan di Dewan Blok F, SMKSTA pada 27 Mac 2009 ( Jumaat ).

Jumaat, 22 Mei 2009

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SMKSTA 2009


Kem ini telah diadakan pada 3 hingga 5 April 2009 lalu di Kem, Guar Manong. Upacara Majlis Penutupan program telah dilakukan oleh Pen. Kanan Pentadbiran SMKSTA, Tn Hj Zuhairi b. Hj Zakaria. Diantara pengisian slot program ialah Ice Breaking, Ikhtiar Hidup, Eksplor Race dan Persembahan Kumpulan Pelajar .

Khamis, 21 Mei 2009

SAMBUTAN HARI GURU SMKSTA 2009


SMK SULTAN TAJUL ARIFFIN, MANONG

Selamat Hari Guru kepada semua yang berprofesion perguruan. Semoga anda sentiasa dalam nawaitu yang betul ketika menjalankan tugas.Seperti kata pendita,
Niat adalah ukuran dalam menilai benarnya suatu perbuatan, oleh kerananya, ketika niatnya benar, maka perbuatan itu benar, dan jika niatnya buruk, maka perbuatan itu buruk.
Imam An Nawawi